Assalamualaikum..
haish. lama sam tak post apa-apa story.
Beberapa hari ini sam sibuk bekerja terkadang lalai kan solat tapi alhamdulillah Allah swt bagi teguran/hidayah dengan hantar kawan-kawan yang untuk menasihati,mengajak kepada kebaikan bersyukur sam dapat kawan-kawan yang baik.
Sebab dalam kehidupan sam yang dapat sam lihat kawan-kawan yang banyak bantu sam tak lupa ibu jua bantu sam.
setelah abang tinggal kan sam kemudian kakak sam pula,selepas itu kakak sam yang kedua. dan tinggal lah satu benda yang perlu sam pegang , tanggungjawab.
Haish sedih sekali apa lah masalah mereka ni,semua sudah bersuami isteri boleh berfikir dengan waras tapi begini juga mereka buat pada kami. tapi tidak mengapa lah ujian Allah swt.
Permulaan hidup sam yang pada mula nya berkenalan dengan seorang abang tak sam kenal siapa?kedudukannya?pangkatnya?hartanya? tapi sam suka berkenalan dengan beliau kerana ilmu nya . yang bagi jalan pada bagi bagai mana hati inin mahu lekat pada masjid cinta pada rumah Allah swt tuhan yang menciptakan kita.
Banyak tugas yang sam jalan kan ,aktiviti,pogram-pogram bersama beliau adakala sam lalai juga meninggal kan perkara-perkara ini walauagaimana pun hati ini tetap akan kembali dan terpaut semula pada pencipta-Nya, pencipta kita Allah swt apa yang beliau ulang pada sam Allah janji kan 27 pahala solat berjemaah di rumah Allah swt dari bersolat bersendirian dan selagi kita masih di rumah Allah swt malaikat-malaikat akan mendoakan kita . HIngga lah kami kenal budi pekerti,perangai,sikap-sikap, tingkah laku kami bagai sudah kenal rapat dan dia tahu macam mana cara aku dan aku tahu macam mana cara dia.
Dan kemudian setelah sekian kami kami berjumpa dengan kedudukan yang sama sudah ada pekerjaan dan pada masa ini lah aku cuba bantu dan support beliau bukan mudah untuk menarik belia-belia remaja yang panas lagi darah nya untuk melakuakn aktiviti bermanfaat . Sam dah dapat apa yang cuba abang budy cuba sampai kan, selama ini ''biarlah ganjaran yang diperolehi selepas melakukan kebaikan'' selama ini kami sentiasa akan bertemu di rumah Allah swt kemudian berbual panjang bagai kan lama tidak ketemu dan beliau lah yang mematang kan sam.
Malahan, selain rakan-rakan lain yang datang membantu sewaktu arwah ayah sam sedang di urus kan, beliau juga datang membantu padahal sam pada waktu itu harus membantu nya dalam sedikit hal yang agak penting tapi beliau tidak kisah . Haish, sedih bila mengenang kan ini semua.
Apa pun Allah swt sentiasa datang kan teman untuk tenang kan aku sewaktu arwah meninggal , Syazahan ada disamping sam dan cuba menenang kan sam yang agak sedih pedih hati ini.
Allah swt datang kan ujian berserta bantuan pada sam . masyallah.