Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday 19 January 2012

kawan bukan lawan !

asssalamualaikum,
Sibuk seharian sam dengan hal-hal sam sempatlah juga curi masa untuk bercerita sedikit tentang rakan-rakan .
Dalam sesuatu kerja tertentu kita amat memerlukan pertolongan kawan-kawan kita sememang nya kita memerlukan kawan, dan apa bila kita sudah memiliki kawan hendak lah kita menjaga hati rakan-rakan kita .
Dimana sam akui sikap sam yang pemarah ini insyallah sekarang sam sudah mula berubah agar rakan-rakan tidak tersinggung dengan sam insyallah. Dimana Anas Ibn malik meriwayatkan yang bermaksud

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Di sini kita harus percaya dimana islam menitik berat kan pergaulan kita sesama saudara ataupun sahabat . 
Kadang-kadang sam pun kena lah bertemu dengan rakan-rakan sam sewaktu berlatih tetapi  itu hanya di gelanggang dan sam takkan bawakan hal itu keluar gelanggang.
Tapi agak susah pelajar-pelajar ataupun remaja sekarang ingin menjaga pergaulan dengan rakan-rakan "perempuan" . Dimana      setiap pergaulan lelaki dengan perempuan ini ada batas-batasnya.
Apa pun jika berlaku pergaduhan antara kita dan rakan-rakan kita sama ada besar atau kecil hendaklah kita berbaik-baik secepat mungkin kerana kita di tegah daripada tidak bersapa atau pun bertegur lebih dari tiga hari.
Walau bagaimana pun sebagai saudar sesama islam ini perlulah menjaga hubungan silaturahim jika kita ini pun berpecah belah bagaimana mana kita hendak menewaskan musuh utama kita yahudi lakknatullah yang bersatu padu ingin memusnah kan umat islam telah dijelaskan  di dalam al quran pun .



Insyallah kita sama-sama menjaga sesama kita. 
(gambar hiasan)

Wednesday 4 January 2012

Peribadi diri

assalamualaikum,


Tidak sangka sudah lanjut usia sam ini .


Tidak sangka juga sam dapat menjadi seorang pengawas yang harus menjadi contoh pada pelajar lain.  Subhanallah di sini pun membuat sam  berasa yang akan datang satu penyakit pada diri sam iaitu 

sombong ,bongkak,angkuh dan takbur .

 Ini adalah salah satu daripada sifat mazmumah ( sifat tercela dan keji)siafat-sifat ini telah menjadikan kebencian dan kemurkaan Allah swt .


Dan salah satu firman Allah yang dapat sam kongsi kan adalah 
Firman Allah yang bermaksud :Sesungguh nya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaku, mereka akan masuk ke dalanm neraka jahanam sebagai seorang yang hina .

Subhanallah , Allah swt telah memberikan amaran pun pada kita ini, insyallah kita sama-sama ambil iktibar daripada firman tadi ya. 

Bagi  mengelakkan sikap sombong mahu pun takbur ialah :
1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
 3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
 4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
 5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
 6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Sama-samalah kita menghindari sifat-sifat mazmumah ini ya. insyallah.


 

Text