Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday 30 September 2011

luang kan msa dengan rakan

assalamualaikum . . .
 huh letih juga keluar seharian dengan kawan lama, nanti dah tak dapat jumpa dah yalah kami bidang lain-lain, ada seorang ni dah bekerja pun..
     kami tak jalan jauh pun ,hala tuju kami hanya lah ke pejabat rakan muda untuk downloud video2 dan selepa baru lah aku ajak diorang berjalan di bukit malawati ^_^
   sibuk2 mahu pozing2 gambar jumpa pula  pelajar sekolah yang berbangsa india sedang ponteng, tak perlu tanya pun dah tahu dah pelajar sekolah mana [sekolah aku juga]teruk2 aku pun tanya lah macha2 uh form berapa depa baru form 1 dah belajar ponteng baguih2  kesian ibubapa diorang,ermm  mungkin diorang akan belajar dari kesilapan insyaAllah dan aku mendoa kan Allah membuka pintu hidayah orang2 yang non-muslim ini akan di beri jalan ke dalam islam insyaAllah .

     lepas uh kami solat lah jemaah di masjid pekan, dan  menjamu selera di kedai mamak [rahmaniyah] selepas kenyang kami beransur pulang . ;)

Thursday 29 September 2011

siapa aku sekarang ?

assalamualaikum .  aku telah di tinggal kan 
siapa aku hari ini mungkin telah buat aku di tinggal kan, first, rupa paras  huh ! aku BOTAK pun ah aku peduli apa  kau mahu kata apa .., dan aku menipu ,susah juga mahu berlakon apa pun ., aku tiada hati pada mana -mana wanita pun jangan ingat aku 'gay' kepada jodoh aku yang telah di takdir kan [kalau lah ada orang mahu] tunggulah aku ya . 
        pergh ayat aku macam orang dah nak kahwin lah,  pelajaran dan keluarga perlu di utamakan juga kewajipan sebagai "Abdullah' (hamba Allah)

- kawan baik aku dah tak tinggal dekat kuala dah lah, alahai macam mana mahu jamming ni masak-masak . mahu bergaduh pun tiada patner silap-silap aku yang lunyai . lem..lem.. bial mahu balik kuala ku rindu juga ini..
sekejap masa berlalu padahal aku baru sahaja mahu berkawan baik dengan  dia  , dia mungkin boleh berubah .. ish mungkin dia akan terus kan cita-cita dia dengan bidang muzik nya aku pun aku terus kan cita-cita dengan bidang aku insya Allah,,  sesiapa yang baca blog aku ini   aku mahu pesan sahaja, perlu ke kita lihat luaran kawan kita ini,  padahal hati nya kita belum tahu pun kan, apa pun halim the best lah . teringat kata-kata dia sewaktu main bola " NO LAW "  hehehe  orait  sampai sini sahaja kongsian aku 
http://www.youtube.com/watch?v=Sq8Rt_0uHcE&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=9__ZZPaEuXc&NR=1

http://www.youtube.com/watch?v=fc_8l4uUEs4&NR=1

aku jahat ke?

mungkin dalam beberapa hari ini aku mewarisi perangai kurang ajar rakan aku, tetapi aku masihterkawal lagi, keran malu adalah benteng bagi aku, alhamdulillah  ,yalah dalam masa beberapa hari ini aku dah main kan perasaan perempuan,buat guru menangis, pelajaran ter abai , kurang turun silat,kurang ke masjid , malah pergaulan aku bebas lag. hurmmm gelisah memikirkan nya .  aku harap kan rakan-rakan membimbing aku , aku bukan lah terbaik pun , huh ! aku ini teruk juga lah . 
siapa kita dulu x penting.. yg penting siapa kita hari ini & akan datang...!!", tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka..!!,, huh! aku asyik menjadi kan ni kata-kata semnagat tetapi aku tak bergerak pun untuk menjadi yang terbaik .

berjalan dengan lancar

aku tahu semua perkara ini akan dapat tahu ke tangan si dia, aku pun menerimalah idea kawan aku si polan [haa~ aku menipu dalam hal ni]   agar si dia tiada apa-apa hati pada aku, bidang kami berbeza  lebih baik dia tumpu kan pada pelajaran dia .  ah, lelaki bukan nya aku seorang sahaja [bunga taik ayam bukan sekuntum] lagipun aku paling  jahat lah kod dalam group2 kawan terdekat dia.. apa pun selamat melupai aku insya'Allah ini akan membawa ke arah kebaikan.
             slot kedua  .  maaf   kepada si gadis aku terpaksa mengguna nya ,dan edit gambar nya untuk mendapat kan kepercayaan nya semua agar percaya yang   aku sedang  couple . agak nya kawan aku lupa  lah kata-kata yang aku selalu kata kan pada dia  "couple uh haram"  tapi kalau  benar si dia betul-betul ada hati pada aku kenalah  tunggu hingga aku ini jadi LELAKI .bak kata abang Syafiq Janganlah kau leka belajar mencintai sehingga lupa untuk belajar memilih... Kerana kau hanya akan jatuh cinta sepanjang hayat dengan kepedihan

Thursday 15 September 2011

Raya bersama kawan sekelas

assalamualaikum, hari uh adalah hari yang gembira..  beraya dengan kawan-kawan aku yang duk dekat jeram ,sungai sembilang ,sungai buloh dan macam2 lagi sungai . Masa hari uh semua dok pakat mahu pakai baju melayu dah macam raya pertama pula aku ikut kan je lah . ^_^  apa pun hala tuju kami sebenar nya ke rumah guru kelas kami sahaja cikgu Masdarina . Sebelum uh kami singgah dulu dekat rumah kawan kami Halim Kezuma (hehe nama fb) dia kan dah kena buang sekolah jadi aku sahaja j mahu menziarahi dia bagi semangat siki untuk belajar tak nak lah dia ingat aku mudah lupa kawan lagi pun aku rasa dia boleh berjaya dengan bidang muzik dia insyallah kita jangan lah pandang rendah pada si Halim uh . Ok lepas uh kami pergi ke rumah cikgu Masdarina pula, kawan2 aku mana tahu rumah cikgu uh,, jadi diorang mana entah pergi aku dah sampai dah tapi diorg tak sampai-sampai ,contact2 barulah diorang jumpa aku alhamdulillah (hehe aku sahaja je cicir kan diorg tadi)






. Masuk2 je rumah cikgu pergh! lawa gila macam rumah orang kaya terkejut aku perabot nya jangan cakap lah smart2 pula uh . Apa pun kami puas makan dan kenyang  alhamdulillah (^_^) maaf zahir dan batin ya cikgu !

Monday 12 September 2011

perjumpaan kembali,kawan

ass salam, haa~ dah pun masuk bulan september,, si dia ni sudah diberhentikan sekolah,, huh! hilang kawan baik yang baru aku mahu kenal rapat dengan dia. Rindu juga pada dia, so aku buat keputusan untuk pergi rumah dia tadi bagai tak mahu lah aku meneglak lembu tadi dengan najis-najis nya . Akhir nya dapat juga lepak dan berbual kosong tanya khabar , apa pun si dia sihat alhamdulillah tangan makin besor, kalau mahu tahu bila dia tiada aku dok lah sorang-sorang dekat kelas uh nak berborak pasal kod , lukisan , pun dah tiada membe yang sama minat itulah susah mahu cari kawan baik ni aku pun tak tentu hala tadi aduhai, aku pun tadi mengajak juga si dia datang sekolah, lagipun dia kata surat berhenti pun belum dapat jadi still lah boleh datang sekolah menghabiskan sisa2 persekolahan dia SAA ni dengan kita orang apa boleh buat mungkin tak dapat kenal dia lama ini lah nasib nya .



Apa pun mungkin dia boleh berubah sikap lah manusia pasti akan berubah aku yakin juga dia pasti akan berubah insyallah.

Friday 9 September 2011

saHabat [baIk kod]

assalamualaikum,, 
alahai,, kawan baik aku dah kena buang sekolah..,, ta dapat lah nak berborak pasal muzik, lukisan , perempuan [hehe dia mula dulu], agama [dia kurang kod] , berakdance breakdance,, dan bual kosong.
aku rasa rugi tak kenal dia dari dulu kenapa sekejap sangat masa berlalu ya, nak kongsi sikit lah satu cerita yang buat aku terharu tiba je beliau kata "aku sebenar nya nak pinjam buku nota korang takut korang tak bagi jerp" haa~ masa uh aku termenung jauh nak fikir apa nak kata aku macam kaku sikit aku terasa aku ni penting kan diri sendiri tak pernah nak tolong dia sebagai kawan arghh!! tak guna lah aku ada ilmu berapa banyak pun kalau hati aku tak senang apa pun aku sayang kan kawan aku ni terus terang lah.. dia ada potensi mahu berjaya aku cuma mampu doa untuk dia agar dia berjaya  insyallah .


sesiapa yang beranggapan dia jahat korang silap sebab manusia berubah aku pun berubah juga manusia tak akan lari dari kesilapan tapi kalau berulang kali silap aishh tak boleh jadi juga..  orait2 sampai sini sahaja aku nak kongsi tentang kawan baik aku ni .

Thursday 8 September 2011

Lama tak jumpa

assalamualaikum, huh ! mungkin penat lah hari ini mungkin aku dah tua dan ini rambut pun dah gugur [botaklah pula] , tadi aku dan geng-geng silat yang lain buat latihan , latihan biasa2 j pun. Apa pun aku kalau ada si zulkifli[bantot] semangat sikit kita orang dok joging satu sekolah naik lah tangga empat tingkat uh lepas uh turun balik naik pula tangga 3 tingkat, lumba lari dengan si bantot [aku menang] . Huh! lama dah tak jumpa dalam gelanggang macam uh tapi apa pun kecewalah juga tak dapat nak training dengan cikgu Rizal jarang kod mungkin kitaorang tak macam senior kita orang , apa pun selamat maju jaya gayong saa akan datang dan harap kan sokongan korang di luar juga ya ..

Wednesday 7 September 2011

Sabar sahaja lah .

ass salam,, tadi aku ke sekolah dengan wajah baru masa uh aku dah pun nekad gila  biar lah orang mahu berkata apa pun, tak perlu lah aku nak jadi hipokrit, tiba-tiba sahaja mahu pakai songkok biar lah semua orang tengok wajah baru aku ...  kepala aku sudah pun aku botak kan tanpa rasa goyah dengan segala kritikan orang yang penting kesabaran uh kenalah ada .. tapi ada juga keadaan yang memalukan aku  masa aku mahu naik tangga si polan uh ada alahai bertambah malu lah aku apa pun ber sabar je lah macam biasa lah aku buat derk j lah.. ada lah kawan aku si Qamarul Qushairi [ferouth] dok puji aku katanya aku steady j tak kisah apa-apa pun . alahai ini baru sikit sekadar botak sahaja apa mahu malu habis kawan-kawan kita yang islam uh d0k dedah aurat juga tak reti nak malu pula .. apa pun dekat cerita aku ini pun ada pengajaran nya kita ini kadang-kadang takut nak jadi diri sendiri betul ke? [jawab lah sendiri]

Tuesday 6 September 2011

Janji

assalamualaikum, sebenar nya dah lama aku janji dengan membe2 [kawan-kawan] aku nak botak lepas raya yang terlibat adalah aku,zulhezrin(sort),ifdham,amir,halem,nazme,sukri, ayen, dan entah siapa lagi aku lupa... last2 diorang dok nak tunggu siapa nak open lah apa lah.. tengok-tengok tadi kawan aku si halim yang open botak dulu gentle sahaja dia kita orang pun buat keputusan nak botak juga, tapi si ifdham asyik beri alasan je aku tak sesuai lah botak takut rambut lambat tumbuh lah alahai, apa pun janji tetap janji aku kena lah tunai kan rilekss lah .. kalau perempuan nak benci ke apa ke aku peduli apa cinta aku pada Allah lah ataupun si polah uh dah tak ada hati pada aku pun aku tak kisah pun yang penting aku jadi diri aku hati aku tetap teguh pada yang satu .. harap esok kawan-kawan aku turut botak juga lah dan tunaikan janji kita semua ,dan jika diorang tak tunaikan diorang tergolong dalam 4 ciri2 munafik "apabila berjanji ia mungkiri"
ini sahaja yang aku mahu cerita dan untuk si polan hanya berpesan jangan lah memandang pada rupa paras jika rupa cantik belum tentu akhlak nya cantik ya si polan . assalamualaikum .

Monday 5 September 2011

COUPLE ISLAMIK....apa 2??[sekadar berkongsi]


jom baca kisah ni..kot2 paham....pendek je cerita nye..
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan.... Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Aidil fitri

Alhamdulillah telah berlalu ramadhan dengan selamat.,, sekarang datang pula syahwal . Aku raya pertama ada di kampung halaman disini lah aku menimba ilmu untuk masak lemang , buat ketupat ,sembelih itik pengalaman yang tidak akan aku dapat di bandar .
 Raya yang seterus nya aku mula beraya dengan rakan-rakan aku hingga bawa kemalam, entah apa lah raya sampai ajak ke tesco,hmm  yang ada masa itu Aku,kamarul,uyun naim,iwan naim,Qamarul,Qazra,syahmu dan Safwan bushan betul lepak tesco aku tak tahu nak beli apa, tiba2 sahaja kamarul ajak ., beli udang nak suruh ibu aku masak sekali habis alahai kempunan kita orang ., lepsa ke tesco kami jemaah di surau tesco tak ramai pun bertiga je. Aku ajak lah rakan-rakan ke rumah aku yang kecil ni harap mereka selesa ahh time tu pula aku kena bahan alahai walaupun sebenar nya aku tak berapa gemar kalau perempuan keluar malam ni tapi ada abang nya jadi aku tak ambil port pun memandang kan semua anak-anak jantan ada jadi aku tak risau sangat.
Apa pun maaf zahir dan batin, selamat hari raya aidil fitri ya semua.

  

Sekadar ujian dari dia yang eSa

Untuk Renungan

Mari kita renung-renungkan bersama......

Akal berkait rapat dengan hati...
Akal mencermin kebijaksanaan pemikiran diri seseorang insan
Hati mencerminkan kemurnian juga kebersihan jiwa seseorang insan
Akal dan hati berkait...
Umpama aur dengan tebing...
Bagaikan adik-beradik...
Seperti pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa...
Akal dan hati...
Menjadikan manusia itu sempurna dalam menjalani kehidupannya...
Akal menerima kebenaran dengan berfikir...
Hati menimbangkan dengan penuh rasa ketenangan....
Dengan adanya akal yang sihat dan waras serta seimbang Menggunakannya secara rasional dalam melayari kehidupan
Insya'Allah...insan itu berjaya menguasai akalnya dengan baik...
Tapi perlu diingat jiwa atau hati memainkan peranan dalam mempengaruhi akal...
Hati dapat merasai segala perbuatan dalam tindak tanduk yang disampaikan akal kepadanya...
Sedih,suka,marah dan sebagainya....
Keseimbangan akal dan hati perlu ada...
Jika mengikut hati yang bernafsu maka tertunduk akalnya...
Umpama seoarang budak berjaya menundukkan tuannya...
Akal dan hati merupakan mahkota setiap manusia...
 *gembira dengan dunia adalah kegembiraan kanak-kanak, gembira dgn keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar, berkhimat kepada harta adalah hina, dan beramal kepada allah adalah kemuliaan ...
Akal dan hati juga ibarat kuku dan isi. x secantik mana pun jari kalau x berkuku. apa lah erti nya ya x kwn2?. kesimpulan nya beza nya kita juga dgn haiwan adalah akal. maka kita bersukur pada allah kerana kita ni diberi akal. Tanpa akal siapa lah kita ya? Akal lah jua membantu kita pulang kepangkal jalan, apa bila kita terlalu jauh sesat dan terpesong. wallahhualam......

kita sangatlah bersyukur kerena allah swt telah memberi akal yg sempurna namun perempuan dengan lelaki sangat lah berbeza klu perempuan memiliki akal 9 emosi satu akal namun lelaki hanya memiliki akal satu emosi 9 , itulah lelaki cepat marah dan tidak bleh melakukan keja perempuan , tapi klu perempuan boleh buat keja lelaki itulah rosullah bersabda jagalah kaum perempuan kerena ia perhiasan dunia maka kita sangat lah bersukur allah swt bagi kelebihan pada kaum hawa wallahhualam.......
 

Text