Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday 4 January 2012

Peribadi diri

assalamualaikum,


Tidak sangka sudah lanjut usia sam ini .


Tidak sangka juga sam dapat menjadi seorang pengawas yang harus menjadi contoh pada pelajar lain.  Subhanallah di sini pun membuat sam  berasa yang akan datang satu penyakit pada diri sam iaitu 

sombong ,bongkak,angkuh dan takbur .

 Ini adalah salah satu daripada sifat mazmumah ( sifat tercela dan keji)siafat-sifat ini telah menjadikan kebencian dan kemurkaan Allah swt .


Dan salah satu firman Allah yang dapat sam kongsi kan adalah 
Firman Allah yang bermaksud :Sesungguh nya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaku, mereka akan masuk ke dalanm neraka jahanam sebagai seorang yang hina .

Subhanallah , Allah swt telah memberikan amaran pun pada kita ini, insyallah kita sama-sama ambil iktibar daripada firman tadi ya. 

Bagi  mengelakkan sikap sombong mahu pun takbur ialah :
1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
 3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
 4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
 5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
 6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Sama-samalah kita menghindari sifat-sifat mazmumah ini ya. insyallah.


1 comments:

Anonymous said...

may i ask to share the information above..thanks.=)

Post a Comment

 

Text