Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, 20 September 2012

Assalamualaikum, puasa pun sudah sam lalui dan juga hari raya tanpa seorang bapa ,
entah kenapa lah sam ni tak boleh jadi lelaki sejati dan kuat . Kenapa lah sam ni lemah sangat haish sam tak larat juga nak hadapi semua ni dari dulu sampai sekarang. Tapi sam dah biasa pun dari dulu sam memang sorang2 pun takde siapa nak bimbing sam. Sam kena  belajar semua nya dari pengalaman sendiri .

Apa pun sekarang sam ad ramai kawan2 yang ambil berat tentang sam haish,, Allah swt yang datang kan semua tuh semua nya bergantung pada sikap sam untuk jaga  tali persahabatan kami kadang2 sam malu sebab keluarga kawan2 sam semua nya sempurna tapi tidak sam keluarga ada sahaja masalah kan datang, hurm apa2 pun untuk kawan2 sam ''Jangan kita melupakan-Nya ketika langit cerah bersinar dan jangan kita melupakan-Nya ketika langit mendung tak bercahaya''  sam berpegang dengan kata2 ini bagi menjaga hubungan kita ini insyallah ,

Tak lama lagi spm akan tiba. Lepas sahaja spm sam mahu cari kerja dan sara ibu sam pla mahu harap kan adik beradik langsung tak boleh pakai masyallah beri hidayat pada mereka ya Allah,

Perkara2 lepas asyik terbayang2 di pemikiran sam bagaimana arwah pergi tanpa apa2 bakti yang dapat sam lakukan kan pada arwah masyallah , sam  betul2 kurang kasih sayang atau pun bimbingan dari seorang bapa mungkin ini takdir sam . Pada mula nya sam ingat hidu sam dah hancur kecil je hati nih terfikir kalau2 ibu dah tiada dengan siapa aku nak bergantung ni.
Susah nya hidup di dunia kena hadapi semua ini rindu pada Rasullullah saw dan syurag tempat abadi aku nanti dan tiada lagi kehidupan dunia yang sementara ni,




Wednesday, 23 May 2012

Kekasih saya~

Assalamualaikum..
haa~~ selepas beberapa hari berlalu sam dapat juga menerima hakikat walaupun sebelum ni hari demi hari sam sentiasa mengalir kan titisan air mata apa pun sam cuba rahsia kan dari rakan2 sam sendiri sam ambil iktibar dari apa yang sam lalui rakan2 lain ,pun pernah lalui hal yang sama malah dia lagi muda  masa kejadian itu berlaku agaknya bagaimana lah beliau lalui semua itu sampai ke hari ini .
Apa pun pada waktu tuh tiada siapa yang sam harap kan abg atau pun kakak. Dimana semua urusan sam cuba uruskan sendiri,sebenar nya Sam betul2 terkilan punah hati ini tapi sam tidak mahu menunjukkan yang sam ini lemah ramai kawan2 bagi semangat .
Ayah Sam mungkin tidak sebaik ayah mereka di luar sana tetapi sam masih ingat kata2 hamun yang berupakan nasihat, pukul2 nasihat yang sam rindu sangat masyallah. Sam sayang ayah sam dia adalah kekasih sam. berharap semua pembaca dapat sedekah kan al fatihah pada arwah ayah sam. insyallah. dan selamat membaca~ 



Dirahsiakan Kematian Itu

Kematian ini merupakan salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh Allah SWT kepada hambanya, 



dan alamat atau tanda kematian seperti yang tertera dan tersebar dilaman-laman web memang tidak 


terdapat hadith-hadith yang sahih yang menyokong pendapatnya. Pattern atau corak penomboran 


seperti 100 hari, 40 hari,7 hari,3 hari dan 1hari ini merupakan perkara yang sinonim didalam upacara-


upacara kematian, seperti kenduri arwah didalam alam Nusantara ini. Kemua ini tidak ada nas akan 


kebenarannya. Ternyata sekali bahawa saat kematian itu adalah rahsia Allah SWT kepada 


hambanya

Saturday, 5 May 2012

Aku & Mereka


Bagi sam, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh sam panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Sam hanya boleh panggil mereka rakan sekolej ataupun rakan study dan tak lebih dari itu. Ada juga yg kawan makan kawan. Yang ini paling banyak walaupun di Hutan Belantara sendiri. Nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?
Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Sam bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.
Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. Sam telah hadapi benda ini berkali kali.
Tapi sam tidak bersua muka dengan mereka. Sebaliknya sam doakan mereka diberikan rezeki melimpah ruah supaya mereka bahagia dan berhenti mengata sam. Mereka ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemewahan kita, kesenangan kita dan kebahagiaan kita. Mereka anggap itu terlalu besar dan mereka tidak boleh terlalu rapat dgn kita dan menghasut kawan yang lain untuk meninggalkan kita. Dan seterusnya- Hasut.
Ketiga : Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.
Keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT. Anda pernah rasa? Sam pernah. Dan kawan sam ni burukkan sam dekat Lecturer saya sendiri. Sampaikan sam dengan kawan yg sama-sama jadi mangsa terpaksa bangkit balik secara perlahan. Apa lagi yang boleh sam buat? KAWAN BAIK SAm SENDIRI.
*sam bersyukur semua kawan2 sam baik2 belaka kita harus buang sifat bersangka buruk kita insyallah makmur*   

Monday, 6 February 2012

Mesra Kita Sahabat

assalamualaikum,,
  
Sam sempat juga lah update blog yang tidak ramai pembaca nya apa pun ada lah sedikit pengalaman yang ingin sam kongsi kan,
Jangan lah kita menjadi kan maulidur rasul ini sebagai satu perayaan yang menjadi kan ia sebagai satu hari yang pada hari itu sahaja kita akan mengikuti sunnah berselawat ke atas baginda rasulullah saw mari lah kita terus kan ia sebagai satu ikutan hingga akhir hayat .



Sam bukan nya ustaz pun mahu berceramah panjang sam suka memeseongkan cerita sam lebih kepada rakan2 sam kerana pada mereka lah sam lebih menghabis kan masa .Abang Budi telah membuat satu pogram dimana dapat di kumpul kan remaja2 agar dapat mengikuti pogram ini jadi aku telah membantu beliau mencari remaja2 hingga sam sendiri dapat mengeratkan silaturahim kami di mana sam dapat bermesra mengenal rakan sam. 

Seronok yang teramat sangat kerana dapat bersama-sama meraka sam berharap dari semua aktiviti kearah perakara yang baik ini rakan2 sam akan dapat hidayah dari perkara ini insyallah.


Dari setiap aktiviti sam bersama rakan sam dapat banyak ilmu insyallah boleh berkongsi di sini 


Dapat lah kita contohi akhlak rasulullah saw yang terpuji insyallah. 


Tidur Dalam Satu Selimut Bersama Isteri

Hadis dipetik daripada Atha' bin Yasar, katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan Aisyah biasa mandi bersama-sama dlaam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawabnya, "Kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, "Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku." Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda." (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur). 

Memakai Wangi-wangian

Aisyah berkata, "Sesungguhnya Rasulullah apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Mandi Bersama Isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).

Menyikat Rambut Suami

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa menyikatkan rambut Rasulullah. Saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad).

Meminta Isteri Meminyakkan Badannya

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah aqabah." (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir).

Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).

Membelai Isteri

Dalam hadis diceritakan, "Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya." (Hadis riwayat Ahmad).

Tidur Di Pangkuan Isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata, "Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran." (Hadis riwayat Abdurrazaq).

Memanggil Dengan Kata-kata Mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy' dan 'Humaira' (pipi merah delima).

Thursday, 19 January 2012

kawan bukan lawan !

asssalamualaikum,
Sibuk seharian sam dengan hal-hal sam sempatlah juga curi masa untuk bercerita sedikit tentang rakan-rakan .
Dalam sesuatu kerja tertentu kita amat memerlukan pertolongan kawan-kawan kita sememang nya kita memerlukan kawan, dan apa bila kita sudah memiliki kawan hendak lah kita menjaga hati rakan-rakan kita .
Dimana sam akui sikap sam yang pemarah ini insyallah sekarang sam sudah mula berubah agar rakan-rakan tidak tersinggung dengan sam insyallah. Dimana Anas Ibn malik meriwayatkan yang bermaksud

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Di sini kita harus percaya dimana islam menitik berat kan pergaulan kita sesama saudara ataupun sahabat . 
Kadang-kadang sam pun kena lah bertemu dengan rakan-rakan sam sewaktu berlatih tetapi  itu hanya di gelanggang dan sam takkan bawakan hal itu keluar gelanggang.
Tapi agak susah pelajar-pelajar ataupun remaja sekarang ingin menjaga pergaulan dengan rakan-rakan "perempuan" . Dimana      setiap pergaulan lelaki dengan perempuan ini ada batas-batasnya.
Apa pun jika berlaku pergaduhan antara kita dan rakan-rakan kita sama ada besar atau kecil hendaklah kita berbaik-baik secepat mungkin kerana kita di tegah daripada tidak bersapa atau pun bertegur lebih dari tiga hari.
Walau bagaimana pun sebagai saudar sesama islam ini perlulah menjaga hubungan silaturahim jika kita ini pun berpecah belah bagaimana mana kita hendak menewaskan musuh utama kita yahudi lakknatullah yang bersatu padu ingin memusnah kan umat islam telah dijelaskan  di dalam al quran pun .



Insyallah kita sama-sama menjaga sesama kita. 
(gambar hiasan)

Wednesday, 4 January 2012

Peribadi diri

assalamualaikum,


Tidak sangka sudah lanjut usia sam ini .


Tidak sangka juga sam dapat menjadi seorang pengawas yang harus menjadi contoh pada pelajar lain.  Subhanallah di sini pun membuat sam  berasa yang akan datang satu penyakit pada diri sam iaitu 

sombong ,bongkak,angkuh dan takbur .

 Ini adalah salah satu daripada sifat mazmumah ( sifat tercela dan keji)siafat-sifat ini telah menjadikan kebencian dan kemurkaan Allah swt .


Dan salah satu firman Allah yang dapat sam kongsi kan adalah 
Firman Allah yang bermaksud :Sesungguh nya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaku, mereka akan masuk ke dalanm neraka jahanam sebagai seorang yang hina .

Subhanallah , Allah swt telah memberikan amaran pun pada kita ini, insyallah kita sama-sama ambil iktibar daripada firman tadi ya. 

Bagi  mengelakkan sikap sombong mahu pun takbur ialah :
1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
 3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
 4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
 5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
 6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Sama-samalah kita menghindari sifat-sifat mazmumah ini ya. insyallah.


Monday, 26 December 2011

I wanna change

assalamualaikum 


huh . 
Sam baru sahaja selesai menonton adegan rancak iaitu KL Drift 2  waah seronok pelbagai aksi harap segala aktibar dapat kita ambil dalam kisah itu antara nya,


Penghijrahan perlu pada diri kita iaitu daripada melakukan sesuatu yang dan berhijrah kepada sesuatu yang betul  maksud nya perubahan perlu ada seperti kisah yang sam tonton tadi di mana daripada mereka melakukan perlumbaan haram mereka telah mengubah kerjaya mereka kepada perlumba yang profesional dari situ kita dapat lihat penghijrahan yang telah di lakukan yang paling penting niat perlu lah ada .


Daripada kita masih duduk diam dalam lembah maksiat lebih baik kita menghijrah kan diri kita kejalan yang benar islam ada cara nya untuk kita subhanallah  memang  penghijrahan ni juga akan ada akibat nya dimana sewaktu sam keluar dahulu sam telah berjumpa dengan saudara sesama islam di mana dia ini adalah penganut agama buddha dahulu tetapi sekarang dia sudah pun menghijrahkan diri nya beliau sudah pun memeluk agama islam subhanallah begitu takjub Allah swt memberi kan hidayah pada beliau tetapi malang nya beliau telah di halau oleh abang beliau dan isteri beliau telah meninggalkan beliau subhanallah begitu berat ujian yang di berikan kita sebagai saudara hendaklah berdoa untuk kesejahteraan beliau insyallah beliau akan terus islam .  


Memang bukan senang untuk menghijrah kan diri kita ini di mana Bilal bin Rabbah juga telah di dera hingga begitu teruk kerana Bilal memeluk islam dan  terus menegak kan islam.


Walau bagaimana pun sam berharap kita akan mengambil segala pengajaran dan berubah bila sudah tahu kesilapan yang kita lakukan insyallah Allah memberkati nya .

 

Text