Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday 23 December 2011

Zikrullah dalam kehidupan seharian.

assalamualaikum .
Hari ini sam mahu bercerita tentang zikrullah , telah menjadi budaya bila jalan-jalan  kita buka radio dengar lagu jiwang , K-POP  ,hindi bagai adui rosak agama kita .
Apa kata kita berzikrullah  bila ada masa lapang kan mudah sahaja malah dapat pahala lagi , zikrullah erti nya mengingati Allah dengan menyebut nama Nya yang di hubungkan dengan segala pujian,membesarkan dan sebagai nya.


Mengapa mulut remaja sekarang begitu mudah menyebut perkataan kesat ? itu adalah di sebabkan pengaruh yang tidak baguih. Lagi-lagi dah ada cerita KL Gangster  dan baru-baru ini mahu muncul pula KL Gangster 2 bertambah pengaruh lha remaja-remaja sekarang ini.


Biar sam isi sedikit blog ini dengan sedikit Firman Allah yang bermaksud :"Wahai orang-orang yang beriman !Ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan  ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyak nya" (surah al-Ahzab : 4)
Kalau tak tahu mahu zikir apa kita ikut saahaja apa yang telah di ajarkan nabi Muhammad saw ialah kalimah "La ilaha illallah"


Kalau tak boleh juga kita sebutlah nama Allah swt kita bersih kan hati ini walau pun sedikit tetapi biar berkekalan  nabi pun pernah bersabda maksudnya " Amalan yang paling di kasihi Allah ialah yang berkekalan walaupun sedikit " (Riwayat al bukhari dan muslim)




ini sahaja sam mahu cerita , sam pun mahu berubah juga untuk diri sam dan bila diri sam dah berubah boleh lah jadi contoh pada yang lain insyallah ., kita belajar dari sekarang ya .

0 comments:

Post a Comment

 

Text