Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, 12 September 2011

perjumpaan kembali,kawan

ass salam, haa~ dah pun masuk bulan september,, si dia ni sudah diberhentikan sekolah,, huh! hilang kawan baik yang baru aku mahu kenal rapat dengan dia. Rindu juga pada dia, so aku buat keputusan untuk pergi rumah dia tadi bagai tak mahu lah aku meneglak lembu tadi dengan najis-najis nya . Akhir nya dapat juga lepak dan berbual kosong tanya khabar , apa pun si dia sihat alhamdulillah tangan makin besor, kalau mahu tahu bila dia tiada aku dok lah sorang-sorang dekat kelas uh nak berborak pasal kod , lukisan , pun dah tiada membe yang sama minat itulah susah mahu cari kawan baik ni aku pun tak tentu hala tadi aduhai, aku pun tadi mengajak juga si dia datang sekolah, lagipun dia kata surat berhenti pun belum dapat jadi still lah boleh datang sekolah menghabiskan sisa2 persekolahan dia SAA ni dengan kita orang apa boleh buat mungkin tak dapat kenal dia lama ini lah nasib nya .



Apa pun mungkin dia boleh berubah sikap lah manusia pasti akan berubah aku yakin juga dia pasti akan berubah insyallah.

Friday, 9 September 2011

saHabat [baIk kod]

assalamualaikum,, 
alahai,, kawan baik aku dah kena buang sekolah..,, ta dapat lah nak berborak pasal muzik, lukisan , perempuan [hehe dia mula dulu], agama [dia kurang kod] , berakdance breakdance,, dan bual kosong.
aku rasa rugi tak kenal dia dari dulu kenapa sekejap sangat masa berlalu ya, nak kongsi sikit lah satu cerita yang buat aku terharu tiba je beliau kata "aku sebenar nya nak pinjam buku nota korang takut korang tak bagi jerp" haa~ masa uh aku termenung jauh nak fikir apa nak kata aku macam kaku sikit aku terasa aku ni penting kan diri sendiri tak pernah nak tolong dia sebagai kawan arghh!! tak guna lah aku ada ilmu berapa banyak pun kalau hati aku tak senang apa pun aku sayang kan kawan aku ni terus terang lah.. dia ada potensi mahu berjaya aku cuma mampu doa untuk dia agar dia berjaya  insyallah .


sesiapa yang beranggapan dia jahat korang silap sebab manusia berubah aku pun berubah juga manusia tak akan lari dari kesilapan tapi kalau berulang kali silap aishh tak boleh jadi juga..  orait2 sampai sini sahaja aku nak kongsi tentang kawan baik aku ni .

Thursday, 8 September 2011

Lama tak jumpa

assalamualaikum, huh ! mungkin penat lah hari ini mungkin aku dah tua dan ini rambut pun dah gugur [botaklah pula] , tadi aku dan geng-geng silat yang lain buat latihan , latihan biasa2 j pun. Apa pun aku kalau ada si zulkifli[bantot] semangat sikit kita orang dok joging satu sekolah naik lah tangga empat tingkat uh lepas uh turun balik naik pula tangga 3 tingkat, lumba lari dengan si bantot [aku menang] . Huh! lama dah tak jumpa dalam gelanggang macam uh tapi apa pun kecewalah juga tak dapat nak training dengan cikgu Rizal jarang kod mungkin kitaorang tak macam senior kita orang , apa pun selamat maju jaya gayong saa akan datang dan harap kan sokongan korang di luar juga ya ..

Wednesday, 7 September 2011

Sabar sahaja lah .

ass salam,, tadi aku ke sekolah dengan wajah baru masa uh aku dah pun nekad gila  biar lah orang mahu berkata apa pun, tak perlu lah aku nak jadi hipokrit, tiba-tiba sahaja mahu pakai songkok biar lah semua orang tengok wajah baru aku ...  kepala aku sudah pun aku botak kan tanpa rasa goyah dengan segala kritikan orang yang penting kesabaran uh kenalah ada .. tapi ada juga keadaan yang memalukan aku  masa aku mahu naik tangga si polan uh ada alahai bertambah malu lah aku apa pun ber sabar je lah macam biasa lah aku buat derk j lah.. ada lah kawan aku si Qamarul Qushairi [ferouth] dok puji aku katanya aku steady j tak kisah apa-apa pun . alahai ini baru sikit sekadar botak sahaja apa mahu malu habis kawan-kawan kita yang islam uh d0k dedah aurat juga tak reti nak malu pula .. apa pun dekat cerita aku ini pun ada pengajaran nya kita ini kadang-kadang takut nak jadi diri sendiri betul ke? [jawab lah sendiri]

Tuesday, 6 September 2011

Janji

assalamualaikum, sebenar nya dah lama aku janji dengan membe2 [kawan-kawan] aku nak botak lepas raya yang terlibat adalah aku,zulhezrin(sort),ifdham,amir,halem,nazme,sukri, ayen, dan entah siapa lagi aku lupa... last2 diorang dok nak tunggu siapa nak open lah apa lah.. tengok-tengok tadi kawan aku si halim yang open botak dulu gentle sahaja dia kita orang pun buat keputusan nak botak juga, tapi si ifdham asyik beri alasan je aku tak sesuai lah botak takut rambut lambat tumbuh lah alahai, apa pun janji tetap janji aku kena lah tunai kan rilekss lah .. kalau perempuan nak benci ke apa ke aku peduli apa cinta aku pada Allah lah ataupun si polah uh dah tak ada hati pada aku pun aku tak kisah pun yang penting aku jadi diri aku hati aku tetap teguh pada yang satu .. harap esok kawan-kawan aku turut botak juga lah dan tunaikan janji kita semua ,dan jika diorang tak tunaikan diorang tergolong dalam 4 ciri2 munafik "apabila berjanji ia mungkiri"
ini sahaja yang aku mahu cerita dan untuk si polan hanya berpesan jangan lah memandang pada rupa paras jika rupa cantik belum tentu akhlak nya cantik ya si polan . assalamualaikum .

Monday, 5 September 2011

COUPLE ISLAMIK....apa 2??[sekadar berkongsi]


jom baca kisah ni..kot2 paham....pendek je cerita nye..
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan.... Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Aidil fitri

Alhamdulillah telah berlalu ramadhan dengan selamat.,, sekarang datang pula syahwal . Aku raya pertama ada di kampung halaman disini lah aku menimba ilmu untuk masak lemang , buat ketupat ,sembelih itik pengalaman yang tidak akan aku dapat di bandar .
 Raya yang seterus nya aku mula beraya dengan rakan-rakan aku hingga bawa kemalam, entah apa lah raya sampai ajak ke tesco,hmm  yang ada masa itu Aku,kamarul,uyun naim,iwan naim,Qamarul,Qazra,syahmu dan Safwan bushan betul lepak tesco aku tak tahu nak beli apa, tiba2 sahaja kamarul ajak ., beli udang nak suruh ibu aku masak sekali habis alahai kempunan kita orang ., lepsa ke tesco kami jemaah di surau tesco tak ramai pun bertiga je. Aku ajak lah rakan-rakan ke rumah aku yang kecil ni harap mereka selesa ahh time tu pula aku kena bahan alahai walaupun sebenar nya aku tak berapa gemar kalau perempuan keluar malam ni tapi ada abang nya jadi aku tak ambil port pun memandang kan semua anak-anak jantan ada jadi aku tak risau sangat.
Apa pun maaf zahir dan batin, selamat hari raya aidil fitri ya semua.

  
 

Text